03 January 2010

Perbicaraan kalimah Allah dan Kesannya Apabila Meletakkan Undang-undang Syariah di bawah Undang-undang sivil.

1.Saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu semasa yang kini hangat di perkatakan sekarang ini. Saya cuba mengulas isu ini dari aspek lain iaitu kesan yang kita dapat lihat apabila Undang-undang syariah di letakkan di bawah Undang-undang Sivil.
2. Sedar tidak sedar kita dapat lihat apabila masalah yang berlaku iaitu melibatkan umat Islam di Malaysia ini telah di bicarakan di Mahkamah Sivil dan di adili oleh hakim BUKAN ISLAM.
3. Kita mengaku bahawa kita negara Islam, namun masih mengangkat Undang-undang Sivil untuk mengadili permasalahan yang wujud di kalangan umat Islam.
4.Nah, mengapa kita masih mengangkat pihak yang dari dulu sehingga kini mahu mengekalkan undang-undang yang sedia ada yang telahpun merosakkan prinsip asas dalam bermasyarakat walhal kita mampu memilih pihak yang mahu menegakkan Undang-undang Syariah dan Hudud yang ternyata membawa Islam ke Zaman Kegemilangannya yang nyata dari Allah s.w.t.
4.Kita lihat betapa ramai anak muda kini yang telah terpesong dari landasan yang sebenar gara-gara kita terlalu mengagungi undang-undang yang di buat oleh manusia.
5.Pokoknya, mengapa kini ramai yang Jahil tentang agama Islam tapi kini lantang bersuara seolah-olah dia arif dan alim dalam Islam walhal pada dasarnya dirinya daif dan sejahil orang bukan Islam.
6.Cuba kita lihat ketika ini, berapa ramai pemimpin kita di Parliman mahupun Dewan Undangan Negeri yang boleh dan mampu membela agama Islam. Yang mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin Muslim sejati. Yang mampu menjadi Imam semasa solat dan mampu memberikan nasihat agama berhujahkan Al-Quran dan As-Sunnah.
7. Ternyata, pemimpin seperti ini hanya boleh dibilang dengan jari.
8. Yang ada hanyalah mereka yang mahu menjadi kaya segera, yang menjadikan politik sebagai platform untuk mereka mencari duit segera. Semuanya untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kepentingan Rakyat.
9. Hujah saya ini bukanlah kosong semata-mata tetapi ianya berasaskan fakta. Kita dapat lihat betapa ramai ahli politik di negara ini yang baru memegang kerusi Parliman atau Dun ataupun menjadi ketua bahagian, mampu memiliki rumah yang besar dan kereta yang Sangat Mahal?
10. Ternyata mereka ini bukan ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat dan ternyata tidak layak di angkat untuk dijadikan pemimpin.
11. Oleh itu, kita seharusnya sedar bahawa masa depan agama Islam terletak di tangan kita sebagai seorang Muslim. Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada walhal secara tidak sedar agama kita dijadikan taruhan hasil daripada kesilapan kita sendiri dalam memilih pemimpin.

12 November 2009

Rakyat DiHULUkan, KeUNTUNGan DiuTAMAKkan

Sudah lama saya tidak berbicara di dalam blog ini di atas faktor kesibukkan. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang bertapa kita rakyat Malaysia dianak tirikan oleh RAKYAT sendiri.


Sebagai contoh saya ingin tunjukkan kereta NAZIonal kita PROTONG menjual kereta mereka di Arab Saudi baru-baru ini menawarkan kepada mereka harga jauh lagi rendah berbanding apa yang mereka jual di Malaysia. Hampir 2x ganda lebih murah berbanding di Malaysia. Cuba kita lihat:

Protong Persona = SR 36100

Protong Gen2 = SR 33600

Protong Waja = SR 37950


1 Saudi Riyal = RM0.94

Maknanya Harga Protong Persona di Arab Saudi ialah RM33,934 manakala Protong Gen2 ialah RM32,256 dan Protong Waja RM35,673

Cuba kita lihat harga kereta Protong di Malaysia pula (SILA LAYARI WEB SITE PROTONG)

Nah, apa lagi yang mahu saya katakan. Selagi 'Parti itu' memerintah negara kita ini selagi itulah banyak lagi penyelewengan yang akan berlaku dan RAKYAT juga yang akan menjadi mangsa ketamakkan ahli 'Parti itu'...Perkara ini hanya sedikit daripada beribu lagi penyelewengan yang telah berlaku dan akan berlaku...Tidak kah kita sedar bahawa kita di tipu di negara sendiri akibat daripada ketamakkan 'Parti Itu' ketika memerintah..RAKYAT dibebani hutang akibat harga kereta yang terlalu mahal...betul kata mereka Rakyat diHULUkan, keUNTUNGan diuTAMAKkan..

14 May 2009

Najib Perdana Menteri Rakyat???



Saya terpanggil untuk mengulas artikal Malaysiakini.com hari ini yang menyatakan bahawa Najib mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka. Sejauh mana kebenarannya amatlah di ragui.




Pertama sekali beliau bukanlah lahir dari kalangan orang kebanyakan tetapi dibesarkan dengan penuh kemewahan memandangkan ayahanda beliau merupakan mantan Perdana Menteri. Malah cara hidup beliau dulu dan kini pun tidak menggambarkan beliau mewakili rakyat kebanyakkan di Malaysia ini. Saya merasakan kini tiada siapa yang layak menggelarkan diri mereka 'pemimpin rakyat' melainkan mereka sanggup untuk turun kebawah dan berusaha sama seperti rakyat kebanyakan yang lain, memperjuangkan hak mereka sebagaimana mana contoh Mahatma Ghandi, Martin Luther King Jr. dan tokoh tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jika setakat melawat Puduraya atau Petaling Street tidak sampai setengah jam, itu bukan dinamakan pemimpin rakyat. Jikalau setakat turun pandang untuk meraih undi dari masyarakat setempat itu bukan di namakan pemimpin rakyat.




Contoh terbaik pemimpin yang berjiwa rakyat boleh kita rujuk melalui sirah Rasulullah S.A.W. Baginda hidup secara sederhana dan hampir kesemua harta baginda di gunakan untuk agama Islam. Bukan setakat turun padang dua tiga minit dan lantas berbangga seterusnya menggelar diri sendiri berjiwa rakyat! Jika tidak mampu untuk memimpin isteri dan anak sendiri, bagaimana pula untuk menggelar diri sendiri pemimpin??? Jika konsep asas dalam bermasyarakat memimpin keluarga tidak mampu untuk dipenuhi bagaimana untuk memimpin masyarakat keseluruhannya???





Pemimpin yang berjiwa rakyat tidak akan membenarkan rampasan kuasa yang tidak bermaruah sepertimana yang berlaku di Perak. Pemimpin yang berjiwa rakyat akan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa pilihan hati mereka untuk di jadikan pemimpin mereka. Bukan dengan cara melarikan wakil rakyat yang masih dalam perbicaraan skandal rasuah dan seterusnya menggula-gulakan mereka supaya keluar parti dan berpihak kepada 'Parti itu'. Pemimpin berjiwa rakyat tidak sama sekali akan menerima wakil-wakil rakyat seperti ini. Penglibatan beliau secara aktif dalam krisis DUN di Perak jelas menunjukkan beliau tidak layak untuk menggelarkan diri sendiri pemimpin rakyat!




Rakyat kini tidak sejahil dahulu. Mereka kini sudah pandai untuk memilih yang mana kaca dan yang mana permata. 'Parti itu' kini sudah tidak releven dan kini juga tidak lagi mewakili keseluruhan rakyat di Malaysia sepertimana suatu ketika dahulu. Mereka hanya menjadi jaguh di kampung-kampung dan di felda-felda serta kroni-kroni malahan telah banyak penduduk kampung-kampung dan felda-felda kini sudah pandai untuk memilih pemimpin sebenar yang layak dipanggil berjiwa rakyat.

12 May 2009

KRISIS PERAK: SIDANG DUN BAWAH POKOK SAH DAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN




Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengiktiraf Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah menjadi batu loncatan untuk menwujudkan satu institusi kehakiman yang lebih telus dan adil untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi tersebut yang sekian lama di tidakkan terutama sekali sewaktu zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.






Hal ini dirujuk dengan kes-kes terdahulu dan juga krisis pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yang dilihatkan sebagai titik tolak campur tangan kuasa pihak eksekutif terhadap institusi kehakiman di Malaysia. Isu perlembagaan ini juga menjadi isu media antarabangsa yang melihatkan krisis kehakiman di Malaysia ini sangat kritikal dan satu bentuk perubahan perlulah disegerakan bagi menggembalikan kepercayaan rakyat secara keseluruhannya.




Oleh yang demikian, merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam jelas menunjukkan kerusi Menteri Besar Perak tidak pernah sama sekali kosong dan segala keputusan yang dibuat sebelum ini termasuklah sidang DUN bawah pokok adalah sah di sisi Perlembagaan. Hal ini kerana peruntukan perlembagaan ada menetapkan bahawa sidang DUN tidak semestinya dilakukan di dalam bangunan DUN tetapi ianya juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja yang difikirkan wajar oleh Speaker dengan alasan bangunan DUN tidak dapat digunakan atas sebab-sebab tertentu. Bagi kes sidang DUN bawah pokok ini ianya dilihat wajar kerana pada ketika itu bangunan DUN telah dikepung oleh pihak polis.




Campur tangan pihak polis dan SUK dalam isu di DUN Perak tidak lama dahulu bertentangan dengan Perlembagaan kerana ianya merujuk kepada bidang kuasa eksekutif yang tidak boleh bercampur dengan bidang kuasa legislatif. Tindakkan pihak polis telah melanggar peraturan Perlembagaan ini secara jelasnya telah menjatuhkan kradibiliti polis dimata rakyat Malaysia keseluruhannya yang dilihat menjadi alat mainan politik oleh pihak-pihak tertentu memandangkan kedudukan Polis di Raja Malaysia (PDRM) adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh seorang menteri yang juga merupakan seorang ahli politik.



Dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini juga sekaligus menidakkan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi dalang di sebalik krisis rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini seterusnya dilihat sebagai tidak demokratik. Keputusan ini juga jelas menunjukkan perlantikan Dr.Zambri sebagai Menteri Besar Haram adalah tidah sah beserta beberapa EXCO Haram yang dilantik oleh beliau. Sekaligus segala keputusan beliau sepanjang 3 bulan menjadi Menteri Besar Haram itu terbatal serta merta dan perlu dipulangkan segala kemudahan dan keistimewaan yang dirampas oleh mereka sebelum ini. Kenyataan ini dikukuhkan dengan pandangan beberapa pakar perundangan yang sejak awal lagi mempertikaikan kesahihan perlantikan Zambri sebagai Menteri Besar Perak.




Oleh itu, pihak-pihak yang sebelum ini memperlekeh dan mempersenda sidang DUN bawah pokok terutama sekali pihak dari 'Parti Itu' secara tidak langsung menunjukkan kebodohan dan ketidak matangan mereka untuk memahami dengan jelas peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.

KRISIS DI PERAK: KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DI ANGKAT KEMBALI


Hari ini rukun negara iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang kembali dipelihara oleh pihak mahkamah setelah hampir 3 bulan ianya ditidakkan oleh 'Parti Itu' yang sememangnya telah membelakangi undang-undang dengan cara yang amat menjengkilkan ramai pihak termasuklah rakyat negeri Perak sendiri. Ini di zahirkan dengan kemenangan YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di PRK Bukit Gantang baru-baru ini.


Jika diimbas kembali cara perlantikan Menteri Besar Haram Dr.Zambri adalah secara jelasnya terburu-buru dan tidak mengikut Perlembagaan yang diperuntukkan secara keseluruhannya. Banyak pendapat yang telah diutarakan oleh beberapa pakar perundangan yang majoritinya mempertikaikan cara perlantikan MB Haram Zambri, namun ianya langsung tidak diendahkan oleh 'Parti Itu' yang menganggap mereka adalah di atas undang-undang.


Hal ini dizahirkan oleh peristiwa 7 Mei 2009 dimana hak Speaker Rasmi Perak V. Sivakumar terus ditidakkan dengan ketidak patuhan 'Parti Itu' mendengar arahan Speaker Rasmi yang jelas menjadi ketua di dalam sidang DUN Perak itu. Adalah dijelaskan bahawa kedudukan Speaker di dalam DUN adalah mirip seperti mana kedudukan Pengurusi di dalam mana-mana majlis mesyuarat. Segala arahannya mestilah di patuhi dan segala keputusannya adalah muktamat. Segala usul hendaklah mendapat persetujuan Speaker DUN Perak termasuklah usul tidak percaya terhadapnya. Jika ianya di tolak, maka usul itu tidak boleh diterima untuk di bentangkan di sidang DUN. Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri.


Namun berbeza di negeri Perak, sewaktu peristiwa 7 Mei, segala arahan Speaker Rasmi Perak langsung tidak di endahkan oleh 'Parti Itu' termasuklah MB Haram Zambri yang ketika itu telah digantung tugas sebagai ADUN bersama beberapa ADUN yang lain. Beliau juga masih ingkar dan tetap menghadiri sidang DUN tersebut malah apa yang amat menyedihkan lagi ialah Speaker Rasmi telah diheret keluar dari dewan dan digantikan dengan Speaker Haram yang dilantik tidak mengikut proses perundangan yang betul dan amatlah tidak demokratik. Maka secara bijaksana kita dapat menyimpulkan bahawa perlantikan Speaker baru adalah tidak sah sama sekali dan setiap undi dari MB Haram Zambri dan beberapa ADUN lain yang digantung tugas mereka tidak boleh diambil kira secara rasionalnya. Adalah amat memalukan bahawa peristiwa ini telah diperhati oleh seluruh masyarakat antarabangsa dan mereka hanya tertawa melihat gelagat krisis di Perak ini yang dilihat mereka amat tidak demokratik!


Jika mengikut perlembagaan juga, pihak polis tidak mempunyai hak untuk menarik Speaker Rasmi keluar dari dewan kerana ianya bertentangan prinsip pengasiangan kuasa legislatif dan eksekutif yang telah ditetapkan. Rakyat Malaysia yang semakin cerdik dan peka kini tidak lagi boleh di perbodohkan sepertimana sewaktu zaman Tun Mahathir dahulu. Mereka sudah dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih bijaksana dan tidak lagi mempercayai kenyataan media arus perdana sepenuhnya yang dilihat mengelirukan dan berat sebelah.


Adalah diharapkan kebijaksanaan baginda Sultan Perak memperkenan usul pembubaran DUN Perak oleh Menteri Besar Perak kerana dengan cara ini sahajalah krisis dan kestabilan politk di Perak ini dapat diatasi. Ianya juga dapat mengembalikan semula kuasa demokrasi di tangan rakyat Perak khususnya dan keluhuran negara akan terus dipelihara.

13 April 2009

Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc): Petunjuk Prestasi Ekonomi Negara Hambar


KUALA LUMPUR , 13 April : Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) tahun ini menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong serta Singapura mendahului kita. Malah negara kita Malaysia masih jauh di belakang Jepun, Taiwan dan Filipina.

Menurut PERC lagi, India mencatatkan kadar risiko yang tertinggi iaitu 6.87 dari sekala 10 disebabkan oleh ketidak stabilan hubungan politik dengan negara jirannya Pakistan. Thailand berada di tempat yang kedua diikuti oleh negara kita Malaysia di tempat yang ketiga.



Masalah Thailand adalah lebih kepada masalah pergeseran parti-parti politik negara itu. Senario negara Thailand dijangkakan akan menjadi bertambah buruk jika Raja Thai mangkat sebelum masalah dalaman negara ini selesai.


Berbanding negara kita Malaysia, masalah nagara adalah lebih kepada isu-isu perkauman dan agama yang sering dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Perubahan status quo pakatan pembangkang yang dilihat semakin kuat dan pergolakan dalaman parti pemerintah juga menyumbangkan kepada permasalahan ini.



Menurut Robert Broadfoot, Pengurus PERC, India, Malaysia, dan Thailand lebih terpengaruh dengan faktor masalah kestabilan dalam negara berbanding faktor krisis ekonomi global yang melanda Amerika Syarikat dan Eropah secara keseluruhannya. Krisis ekonomi global hanya akan lebih memburukan lagi situasi negara-negara ini, ujunya lagi.

Kajian yang mengambil kira pandangan 1537 eksekutif korporat yang bekerja di Asia itu sudah tentu menghambat usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

Tambahan lagi angka mahupun maklumat yang boleh dijadikan rujukan prestasi ekonomi negara memperlihatkan kemungkinan yang merisaukan.


Pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di bawah kendaliannya jatuh sebanyak 9.2% menjadikan hanya 3.274 juta penumpang pada Februari 2009 berbanding 3.606 juta pada bulan Februari tahun lepas.

Jesteru itu, adalah dilihatkan bahawa pentingnya jumlah dana untuk rangsangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan.

Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara.

02 April 2009

PERBEZAAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DAN PARTI ITU





Khalifah Umar Abdul Aziz mengambil masa hanya dua setengah tahun untuk menghapuskan kemiskinan sebuah empayar Islam; bagaimana pula 'parti ITU' masih belum selesai diberi 50 tahun? Apa yang mereka buat? Tidak susah untuk mengetahuinya: Lihat rumah dan kemewahan ketua-ketua 'parti ITU', di situlah terletak jawapan mengapa agenda 'parti ITU' belum selesai. Masih ramai di antara mereka yang belum betul-betul kaya. Mereka perlu lebih banyak masa. Itulah agenda yang belum selesai itu. Itulah sebabnya mengapa mereka mahu terus berkuasa. Itulah sebabnya mengapa rakyat harus menolak mereka.





Parti ITU dilihat tidak jujur dalam tanggungjawabnya mengendalikan amanah RAKYAT. Hal ini di zahirkan dengan pelbagai aktiviti bermewah-mewah yang di laksanakan oleh Parti ITU yang tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat khususnya golongan miskin yang kian meningkat saban hari.






Sebagai contoh kes Bekas Menteri Besar Selangor, menurut Malaysiakini.com, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) beberapa hari yang lepas. Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:
  • Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
  • Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
  • Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
  • Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Mengapa perlu bermewah-mewah sebegitu sedangkan rakyat yang lain sedang menderita??? Sepatutnya wang tersebut boleh di gunakan untuk membantu seluruh rakyat meskin tegar di negeri Selangor??? Menggunakan wang rakyat untuk tujuan bermewah-mewah adalah satu tindakkan yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin parti ITU yang hanya mementingkan diri sendiri. Ternyata parti ITU sudah tidak relevent untuk RAKYAT MALAYSIA khususnya dan telah tiba masanya kita kembali kepada agama Islam.

30 March 2009

A bit of Shock & Sad:The Femaleness Style of Former Malaysia’s famous Saujana nasyid singer, Khairul Idzwan Baharin

Former Malaysia’s famous Saujana nasyid singer, Khairul Idzwan Baharin is back for an audition with the famous One In A Million show program.


The former singer had a long rest in singing world due to his medical studies and he’s back with a new image, rebounding hair and a bit femaleness style. I'm a bit of shock and sad with his current image and attitude since he is one of my favorite nasyid artist due to his trademark and unique voice in Saujana.

Watch the One In A Million audition and see Khairul Idzwan Baharin, a former nasyid singer from Saujana group around the 6 minutes at youtube.com.


19 March 2009

Isu bodek membodek di dalam UMNO: Muhyiddin cuba bodek Najib

Agak kelakar bila mendengar bahawa Muhyiddin Yassin sedaya upaya cuba mempertahankan dan membersihkan nama Najib yang telah tersedia busuk itu. Memang tidak di nafikan bodek membodek ini memang amalan ahli UMNO sejak azali lagi. Contohnya pemuda UMNO Melaka yang sedaya upaya mempertahankan Ali Rustam yang telah tersedia bersalah. Sampai sanggup terbaring atas jalan semata-mata nak halang pemuda PKR daripada keluar dari SPRM Cawangan Melaka. Macam-macam manusia zaman sekarang ni buat untuk jaga periuk nasi diorang. Orang yang terbukti bersalahpun ada barua yang sanggup memperbodohkan diri untuk pertahankan pemimpin yang tersedia bodoh.