Hari ini keputusan yang mengejutkan telah dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno untuk
HANYA melarang Ketua Menteri Melaka Ali Rustam untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno iaitu membabitkan isu
RASUAH. Hukuman ini amatlah ringan jika di bandingkan dengan kesalahan beliau melakukan rasuah lebih-lebih lagi beliau adalah
KETUA MENTERI MELAKA. Keputusan ini jelas menunjukkan parti UMNO memandang
RINGAN tentang kesalahan
BESAR ini seolah-olah
RASUAH merupakan
BUDAYA mereka. Beliau yang merupakan
KETUA MENTERI MELAKA juga memberi contoh yang tidak baik kepada seluruh rakyat negeri Melaka memandangkan beliau adalah KETUA kepada pentadbiran negeri.
Amatlah memalukan jika hanya inilah sahaja hukuman yang UMNO kenakan kepada beliau. Tidak lupa juga isu KJ yang juga telah HANYA diberikan amaran. Sungguh memalukan jika kita lihat nilai moral yang dibawa oleh pemimpin kita sekarang ini. Oleh itu, kita sebagai rakyat haruslah bijak memilih pemimpin yang dapat memimpin kita ke jalan yang benar tidak hanya sekadar pemimpin yang hanya pandai menghabiskan DUIT RAKYAT sahaja.