13 April 2009

Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc): Petunjuk Prestasi Ekonomi Negara Hambar


KUALA LUMPUR , 13 April : Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) tahun ini menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong serta Singapura mendahului kita. Malah negara kita Malaysia masih jauh di belakang Jepun, Taiwan dan Filipina.

Menurut PERC lagi, India mencatatkan kadar risiko yang tertinggi iaitu 6.87 dari sekala 10 disebabkan oleh ketidak stabilan hubungan politik dengan negara jirannya Pakistan. Thailand berada di tempat yang kedua diikuti oleh negara kita Malaysia di tempat yang ketiga.



Masalah Thailand adalah lebih kepada masalah pergeseran parti-parti politik negara itu. Senario negara Thailand dijangkakan akan menjadi bertambah buruk jika Raja Thai mangkat sebelum masalah dalaman negara ini selesai.


Berbanding negara kita Malaysia, masalah nagara adalah lebih kepada isu-isu perkauman dan agama yang sering dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Perubahan status quo pakatan pembangkang yang dilihat semakin kuat dan pergolakan dalaman parti pemerintah juga menyumbangkan kepada permasalahan ini.



Menurut Robert Broadfoot, Pengurus PERC, India, Malaysia, dan Thailand lebih terpengaruh dengan faktor masalah kestabilan dalam negara berbanding faktor krisis ekonomi global yang melanda Amerika Syarikat dan Eropah secara keseluruhannya. Krisis ekonomi global hanya akan lebih memburukan lagi situasi negara-negara ini, ujunya lagi.

Kajian yang mengambil kira pandangan 1537 eksekutif korporat yang bekerja di Asia itu sudah tentu menghambat usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

Tambahan lagi angka mahupun maklumat yang boleh dijadikan rujukan prestasi ekonomi negara memperlihatkan kemungkinan yang merisaukan.


Pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di bawah kendaliannya jatuh sebanyak 9.2% menjadikan hanya 3.274 juta penumpang pada Februari 2009 berbanding 3.606 juta pada bulan Februari tahun lepas.

Jesteru itu, adalah dilihatkan bahawa pentingnya jumlah dana untuk rangsangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan.

Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara.

No comments: