03 January 2010

Perbicaraan kalimah Allah dan Kesannya Apabila Meletakkan Undang-undang Syariah di bawah Undang-undang sivil.

1.Saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu semasa yang kini hangat di perkatakan sekarang ini. Saya cuba mengulas isu ini dari aspek lain iaitu kesan yang kita dapat lihat apabila Undang-undang syariah di letakkan di bawah Undang-undang Sivil.
2. Sedar tidak sedar kita dapat lihat apabila masalah yang berlaku iaitu melibatkan umat Islam di Malaysia ini telah di bicarakan di Mahkamah Sivil dan di adili oleh hakim BUKAN ISLAM.
3. Kita mengaku bahawa kita negara Islam, namun masih mengangkat Undang-undang Sivil untuk mengadili permasalahan yang wujud di kalangan umat Islam.
4.Nah, mengapa kita masih mengangkat pihak yang dari dulu sehingga kini mahu mengekalkan undang-undang yang sedia ada yang telahpun merosakkan prinsip asas dalam bermasyarakat walhal kita mampu memilih pihak yang mahu menegakkan Undang-undang Syariah dan Hudud yang ternyata membawa Islam ke Zaman Kegemilangannya yang nyata dari Allah s.w.t.
4.Kita lihat betapa ramai anak muda kini yang telah terpesong dari landasan yang sebenar gara-gara kita terlalu mengagungi undang-undang yang di buat oleh manusia.
5.Pokoknya, mengapa kini ramai yang Jahil tentang agama Islam tapi kini lantang bersuara seolah-olah dia arif dan alim dalam Islam walhal pada dasarnya dirinya daif dan sejahil orang bukan Islam.
6.Cuba kita lihat ketika ini, berapa ramai pemimpin kita di Parliman mahupun Dewan Undangan Negeri yang boleh dan mampu membela agama Islam. Yang mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin Muslim sejati. Yang mampu menjadi Imam semasa solat dan mampu memberikan nasihat agama berhujahkan Al-Quran dan As-Sunnah.
7. Ternyata, pemimpin seperti ini hanya boleh dibilang dengan jari.
8. Yang ada hanyalah mereka yang mahu menjadi kaya segera, yang menjadikan politik sebagai platform untuk mereka mencari duit segera. Semuanya untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kepentingan Rakyat.
9. Hujah saya ini bukanlah kosong semata-mata tetapi ianya berasaskan fakta. Kita dapat lihat betapa ramai ahli politik di negara ini yang baru memegang kerusi Parliman atau Dun ataupun menjadi ketua bahagian, mampu memiliki rumah yang besar dan kereta yang Sangat Mahal?
10. Ternyata mereka ini bukan ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat dan ternyata tidak layak di angkat untuk dijadikan pemimpin.
11. Oleh itu, kita seharusnya sedar bahawa masa depan agama Islam terletak di tangan kita sebagai seorang Muslim. Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada walhal secara tidak sedar agama kita dijadikan taruhan hasil daripada kesilapan kita sendiri dalam memilih pemimpin.

No comments: